Latar belakang Anugerah_Aidilfitri

Siti Nurhaliza dilaporkan pernah berkata beliau telah merakamkan sebuah lagu raya, yang akhirnya menjadi sebuah album raya. Difahamkan bahawa Siti mula merakamkan album rayanya sejak bulan Ramadhan. Album Anugerah Aidlfitri juga memuatkan lagu raya hits beliau, termasuk Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal yang semuanya dicipta oleh Pak Ngah dan juga lagu ciptaan komposer S. Atan, Bila Hari Raya Menjelma. Selain itu, beliau turut merakamkan semula lagu Suara Takbir, yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Siti juga mengesahkan “Anugerah Aidilfitri” sebagai single pertama, yang dicipta oleh Pak Ngah dengan liriknya ditulis oleh Ce’Kem. Ia kemudiannya diikuti oleh dua lagi lagu baru, termasuk Mekar Hari Raya, trek kedua album ini dicipta oleh Azmeer dan liriknya ditulis oleh Senibayan menghasilkan rentak yang berbeza kepada lagu-lagu raya yang Siti pernah nyanyikan sebelum ini. Kali ini lebih rentak pop berbanding yang satu lagi. Meriah Suasana Hari Raya ialah satu lagi lagu raya tipikal yang dicipta oleh Khir Rahman dan liriknya ditulis oleh Hairul Anuar Harun yang sebelum ini menulis lirik lagu Sesuci Lebaran.